Sunday 31 August 2014

PENGELASAN DINOSAUR

Dinosaur bertelur dan badan bersisik seperti reptilia. Pada zaman dahulukala, dinosaur juga dipanggil reptilia. Hinggalah pada tahun 1841, Richard Owen, ahli anatomi Britain secara rasmi menamakan semua buku reptilia 'Saurian' yang berbeza sebagai 'dinosaur'!

'Dino' bermaksud 'teruk atau dahsyat' dan 'saur' pula reptilia. Dinosaur boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Saurischia dan Ornithischia.


1.Saurischia
Dinosaur keluarga Saurischia mempunyai struktur tulang pinggul seperti cicak di mana arah tulang pubis dan tulang ischiumnya bertentangan. Semua haiwan karnivor dan beberapa jenis herbivor tertentu dikategorikan sebagai dinosaur keluarga Saurischia dan terbahagi kepada jenis Sauropodomorpha serta Theropoda. 




1.1.Theropoda 
Kumpulan dinosaur karnivor yang berdiri atas dua kaki belakang. Ciri-ciri lain termasuk bergigi tajam dan mempunyai kuku yang kuat. Antara dinosaur karnivor jenis Theropoda paling terkenal adalah Tyrannosaurus (T-rex). 



1.2.Sauropodomorpha 
Dinosaur herbivor berdiri atas keempat-empat kaki, berleher panjang dan berkepala kecil. Spesies dinosaur gergasi Sauropoda berasal dari turutan ini. Manakala dinosaur jenis Sauropodomorpha paling terkenal ialah Brachiosaurus.


2.Ornithischia
Kumpulan dinosaur Ornithischia melalui lebih evolusi daripada jenis Saurischia di mana tulang pubis dan ischiumnya selari. Ia adalah dinosaur herbivor. Kebanyakkannya mempunyai ciri-ciri unik sama ada untuk menonjol ataupun mempertahankan diri. Dinosaur Ornithischia terbahagi kepada empat jenis iaitu:

Ornithopod: Mulut berbentuk seperti paruh dan mempunyai lebih 2000 batang gigi. Ahli penyelidik beranggapan gigi Ornithopod digunakan untuk mengunyah selulosa tumbuhan. Dinosaur paling terkenal dari kumpulan ini ialah Iguanodon.




Stegosauria : Bentuk seperti busur. Terdapat duri tajam serta teguh di bahagian belakang. Ekor bertindak sebagai senjata apabila diperlukan. Contoh dinosaur Stegosauria ialah Stegosaurus. 

Cerapod: Kebanyakannya mempunyai satu atau tiga tanduk di atas kepala. Kadangkala perisai bertulang berbentuk bulat dan nipis di bahagian belakang leher menjadi pelindung. Contoh dinosaur yang terkenal ialah Triceratops. 



 Ankylosauria: Mempunyai kepingan tulang bulat terbenam dalam kulit serta diselaputi duri berceracak dari kepala hingga ke bahagian ekor seperti dilindungi perisai. Contoh dinosaur daripada kumpulan ini ialah Ankylosaurus.

2 comments:

  1. Play Online Casino Slot Machines - casinowhizz.com
    Play the best online casino slots, get a bonus 메리트카지노총판 and try your luck! Sign งานออนไลน์ up at 인카지노 any of our recommended casinos and get free spins.

    ReplyDelete
  2. Casino, Atlantic City, NJ, United States - Mapyro
    Casino, Atlantic City, 용인 출장안마 NJ, 토토사이트 United 광양 출장안마 States. Address, 4497 South Avenue, Atlantic City, New Jersey, USA. 오산 출장마사지 Check Map. Hotel, 공주 출장샵 Casino.

    ReplyDelete